Selasa, 19 Disember 2023

KOREAN DRAMA - VIGILANTE 2023

 

 Hi Assalamualaikum korang, okay hari aku bersemangat nak tulis blog. sebab banyak pulak idea aku nak menulis nie, korang pernha tengok drama korea nie?

Drama nie mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang dendam dengan seorang samseng jalanan yang bunuh mak dia. Dengan senang hatinya hakim jatuhkan hukuman yang tidak setimpal dengan jenayah yang lelaki tu buat. Boleh hakim kata lelaki tu ada sakit mental so hukuman tu cuma di penjara then kalau kelakuan baik di bebaskan. Mak budak tu dah mati siapa yang nak jawab?

One day, budak tu dah besar dia bertekad nak balas dendam untuk mak dia. Tapi sebenarnya bukan untuk mak dia jea, tapi untuk samseng jalanan yang suka buli orang yang lemah. Dalam drama nie dia jadi seorang anggota polis berpangkat rendah. So setiap jenayah yang dia buat orang tak pernah nampak sebab dia nie seorang yang sangat peramah dengan semua orang. Jalan cerita nie sangat best dan sedih. korang patut tengok dekat loklok sebab cuma ada dekat loklok jea.

Isnin, 18 Disember 2023

KOREAN DRAMA - WELCOME TO SAMDAL-RI


 Hai korang, Assalamualaikum. Dah lama tak tulis blog kan? sejak sakit tempoh hari aku banyak berehat dari semua aktiviti aku. Nak membaca sekarang pun masih lagi tak ada mood. Kena cari mood dulu baru boleh membaca. 

Korang aku nak tanya nie? hari nie aku nak cerita lah sikit pasal kdrama yang terbaru dan pada aku wajib korang tengok. Cerita ni menceritakan kisah 5 sekawan dan 3 beradik yang punya masalah masing-masing. Samdal-ri adalah seorang anak perempuan kedua dari dua beradik dia. Dia ada kakak dan adik bongsu, dia anak yang kedua. Samdal-ri seorang yang sangat cinta akan photography, cita-cita dia yea lah nak berjaya dalam hidup dia. 15 tahun dia hidup dekat seoul maki hamun semua dia lalui hanya inginkan cita-cita dia berjaya.

Pada suatu hari, Samdal-ri ada seorang pembanu yang namanya aku tak ingat tapi panggil dia penyodol betina. Pembantu Samdal-ri nie masih lagi dalam fasa belajar. Tapi pembantu dia nie terlalu cemburukan Samdal-ri hingga kan dia sanggup sailang boyfriend Samdal-ri. Yang lelaki tu pun 2x5 sama jea perangai musibat dia. Aku geram dengan dua ekor beruk yang khianat Samdal-ri tikam Samdal-ri dari belakang hancurkan karier orang tu, fitnah  Samdal-ri dekat wartawan sampai masuk tv. Si penyondol boleh kata Samdal-ri buli dia dekat tempat kerja sampai kan dia nak bunuh diri. Habis semua penaja tarik diri, projek yang baru dia dapat pun kena tarik balik hanya di sebabkan fitnah perempuan tu. Sebenarnya si penyondol tu tak adalah bijak sangat, betul la Samdal-ri kata si penyondol tu tak bersedia lagi dengan kerjaya dia. 

Korang bayang kanlah semua idea Samdal-ri yang bagi dan cari sendiri. Si penyondol tu pulak bukan tahu nak fikir sendiri yang dia tahu kerja nak senang. Sampai kan masa Smadal-ri balik jeju kampung halaman dia, perempuan tu boleh curi hasil kerja Samdal-ri dan bagi dekat syarikat lain. Macam bodoh lah perempuan tu. Sakit hati aku tengok muka perempuan tu, korang kena tengok tau cerita nie. sebab dalam cerita nie ada sedikit pe ngajaran yang kita dapat. Bukan tengok saja-saja jea tau. 

Pergi tengok korang, dekat netflix ada dekat loklok pun ada, jalan cerita memang best. korang tak akan menyesal tengok....

BUKU NOVEL LANGIT GORYEO

   Menjadi muslim yang taat adalah cita-cita utama Haneul Choi setelah masa bakti dalam wajib militer terselesaikan. Namun, menjadi berbeda ...