Hai Assalamualikum, dah lama aku tak update dekat blog pasal buku kan. Mana tak nya aku sibuk habis kan buku novel yang tak berapa nak tebal tu. Selalu memang ikut mood aku lah nak baca.
Okay aku nak cerita sikit pasal buku novel yang aku dah lama habiskan, Jalan cerita dia sangat best tapi yang tak bestnya bila ada ayat yang tak patut penulis tuliskan dalam buku. Cerita nie ada beberapa nama. Rosnah, Baharom,Sarah,Aisyah,Fadhil,Banusha dan Ita..
Setiap nama dekat atas memainkan peranan sendiri, Rosnah dengan Fadhil adalah suami isteri. Parents pada Sarah dan Aisyah mereka seperti keluarga bahagia. Macam tak ada masalah pada Family diaorang. Nak di jadi kan cerita Rosnah dapat tahu yang Fadhil suka sama sejenis, Marah besar Rosnah bila baca chat Fadhil dengan kekasih hati dia. Aku dah lupa nama kekasih Fadhil, lepas kejadian tu mereka bercerai dan Fadhil keluar dari rumah dan tak pernah ambik tahu lagi tentang anak-anak dia. Itu semua atas kehendak si Rosnah yang bodoh tu.
Akhirnya Rosnah bekerja dengan Baharom dekat kedai makan, Rosnah tukang masak. Masakan Rosnah sedap sangat sampai kedai makan Baharom di penuhi orang setiap hari. Beberapa tahun kemudian Rosnah di uji oleh Allah S.W.T dengan kesakitan yang Aisyah kena tanggung seumur hidup. Aisyah kena sakit kanser, dah banyak kali buat operation tapi tetap tak sembuh juga. Banyak duit yang dah habis, tapi Rosnah bukan tak ada duit. Fadhil bekas suami Rosnah tiap bulan masuk kan duit dalam akaun bank untuk nafkah anak-anak dioarang. Tak pernah sekali Rosnah sentuh duit tu.
Pada suatu hari Baharom melamar si Rosnah untuk di jadikan isteri. Baharom pernah cakap yang dia kematian isteri. Jadi, Rosnah pun setuju walaupun Sarah tak pernah setuju sama sekali. Sebab Sarah tahu dari raut wajah muka si Baharom tua tu memang bukan manusia yang baik.
Aku pendekkan cerita lah yea, nak cerita panjang sangat. Lepas Rosnah dengan Baharom kahwin, diaorang tinggal sekali. Baharom mula lah naik miang dia dengan Sarah. Baharom pernah nak cuba rogol Sarah tapi tak dapat dan kali kedua baru dapat. Sarah tertekan dengan keadaan diri sekarang.
Yang paling sakit bila bagi tahu mak dia. Mak dia langsung tak percaya cakap dia, ibarat mak dia lebih percayakan suami dia dari anak sendiri. Akhirnya, jalan terkahir Sarah buat rancangan untuk bunuh family dia.
Sarah nie seoarang budak yang sangat pandai, setiap perancangan dia sangat teliti dan dia tak nak orang lain tahu dia yang buat. Tapi Sarah tetap di jadi kan suspek sebab hanya dia yang ada kat tempat kejadian. Tapi sebenarnya memang dia yang buat semua tu. Memang dia nak polis tangkap dia dan sabit kan kesalahan atas dia. Dan akhirnya ayah kandung sarah tahu dan lantik peguam terbaik untuk Sarah iaitu Banusha seorang peguam terkenal satu Malaysia. Tapi cerita nie dah jadi plot twist sebab Sarah lagi bijak manipulasikan polis dan peguam dia sendiri. Yang aku tak habis fikir Sarah juga bunuh adik yang paling dia sayang. Aisyah juga kena bunuh dengan Sarah, atas alasan Sarah tak nak Aisyah tanggung kesakitan lagi.
Walaupun macam tu Sarah tetap rasa bersalah dengan apa yang dia buat, menyesal pun dah tak guna sebab Aisyah dah tak ada. Alasan yang paling tak munasabah langsung.
Untuk aku buku nie jalan cerita memang best gila sebab melibatkan mahkamah,forensik,polis dan peguam. Tapi tulah aku tahu kau nak cerita pasal kes rogol tapi tak perlulah kau cerita details dalam buku tu apa yang si perogol tu buat dekat anak tiri dia. Kadang-kadang aku rasa penulis nie otak kuning juga yea. Okaylah sampai sini sahaja cerita aku nanti aku update lagi kita pergi ke next buku pulak.
Bye uoll....