Rabu, 29 November 2023

BUKU NOVEL 1969 BY NAZRUL KAMA


 "Minat melukis membuatkan Sufian rapat dengan Chop Choy. Sebab anak Cina tu pun suka melukis. Sementara di berek, hanya Mokhsin si budak nakal yang rapat dengan  dia".

Sikap perkauman yang memburuk dalam hati manusia membuatkan Chop Choy merenggangkan diri, sementara sikap perjudis masyarakat membuatkan Mokhsin hidup dalam kehinaan.

Semakin hampir dengan SPM, hubungan pershabatan Sufian dan dua sahabat renggang, Tragedi demi tragedi datang menimpa, menguji kesabaran mereka, ditambahkan dengan kesempitan hidup yang semakin parah. Persoalannya, sampai bila mereka mampu bertahan?

Semuanya bermula apa bila Sufian - seorang budak biasa yang suka melukis, mendengar radio, menonton wayang, mandi sungai dan mengacau anak dara orang berpindah ke rumah abang iparnya di kamunting, Perak pada tahun 1969.

Nak tahu lebih lanjut tentang kisah Sufian korang boleh beli dekat bio atau nak baca sinopsis dulu pun boleh. semua ada dekat bio okay korang. 

Rabu, 22 November 2023

NOVEL SERAM BRAMFILED HOUSE (RUMAH INGGERIS BERTIANG SERI) BY MARIA KAJIWA


 "Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri, Tiang seri takkan legkap tanpa semangatnya" - KAPTEN BROCK

Cerita bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Ibu bapa kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba Cameron Higland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang di banggunakan oleh anaknya yang diberi nama " Bramfield House" yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemegang amanah bagi menguruskan Bramfield House.

Namun masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung meninbulkan semula ingatan kepada beberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Brock  di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

"Dia nak darah manusia" - ANDAK

"Musuh Brock lbukan seorang" -  WINSTON

Rumah terbongkar penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula akan menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, memastikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

Nak tahu lebih lagi tentang novel ini boleh beli dan tekan link dekat bio tiktok tau..


BUKU NOVEL SERAM PENDAMPING MALAM BY IDA MUNIRA

 

  "Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini." - AKMA

Dalam melayari bahtera rumah tangga bersama karim dan anaknya, Akma tidak menyangka Tuhan menguji dirinya saban malam akibat dishir oleh seseorang. Hasutan syaitan yang diterima telah selalu kedengaran di indera demgar wanita ini yang menyuruhnya dia membunuh si anak.

Menahan segala gangguan dan kesakitan dan terus berikhtiar dan berdoa sehingga akhirnya Allah menemukanya dengan seorang perawat Islam yang sudi membantunya. Siapakah perawat itu? Mampukah masalah Akma diselesaikan oleh si perawat?

Tiada istilah kalah dalam menentang kebatilan. Akma yang hamil juga tidak mudah menyerah walaupun diuji sebegitu berat. Dia bukan saja dishir, tetapi mengalami gangguan saka dan gangguan penempatan jin di tapak rumahnya sendiri.

Dan kerana mahukan penyelesaian Akma mempelajari selok-belok ilmu perubtan Islam di samping menerima rawatan perubatan Islam daripada si perawat. Berjayakah Akma dalam menentang kejahatan yang mendamping diri wanita itu pada setiap malam? Akan tersingkapkah kebeneran dan dapatkan identiti si penghantar sihir di ketahui Akma? Jawapannya ada dalam Pendamping Malam tulisan Ida Munira ini! 

Nak tahu lebih lanjut cerita ini boleh beli dekat bio tiktok saya okay!

Sabtu, 18 November 2023

BUKU NOVEL SERAM INAYAH AKU INGIN PULANG BY MARIA KAJIWA


 Setelah tinggal lama di New York, MUHAMMAD dan AISYA

memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.


"I don't like this house. It's scary, Penny hates this house. Right, Penny?"- ADAM


Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.


"Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it" - AISYA


Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk "memagar" rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya poercayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.


"Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin." - SURAYA


Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenaenya mereka sudah terlambat?


"Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu. Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu p[ada tanahmu Allahuakhbar!" - IMAM ALI


      Buku Novel nie berkisah kan tentang keturunan Suraya pernah menjadi bomoh waktu perang jepun dahulu. Tapi Atok Suraya bukan sahaja seorang bomoh, tapi juga seorang perogol yang paling kejam. Nak tahu kisah selanjutnya korang boleh tekan link dekat bio okay...


INAYAH BY MARIA KAJIWA



SELAMAT DATANG KE BLOG AKU!



 Hi selamat datang ke blogger aku yang berapa nak cantik dan best. Ini entah kali ke berapa aku tulis blog, tulis padan tulis padam sebab tak ada siapa yang nak baca. kali nie InsyaAllah aku akan terus berblogger dengan rajinnya. akan update masa ke semasa.😄

BUKU NOVEL LANGIT GORYEO

   Menjadi muslim yang taat adalah cita-cita utama Haneul Choi setelah masa bakti dalam wajib militer terselesaikan. Namun, menjadi berbeda ...