Rabu, 22 November 2023

NOVEL SERAM BRAMFILED HOUSE (RUMAH INGGERIS BERTIANG SERI) BY MARIA KAJIWA


 "Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri, Tiang seri takkan legkap tanpa semangatnya" - KAPTEN BROCK

Cerita bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Ibu bapa kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba Cameron Higland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang di banggunakan oleh anaknya yang diberi nama " Bramfield House" yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemegang amanah bagi menguruskan Bramfield House.

Namun masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung meninbulkan semula ingatan kepada beberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Brock  di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

"Dia nak darah manusia" - ANDAK

"Musuh Brock lbukan seorang" -  WINSTON

Rumah terbongkar penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula akan menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, memastikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

Nak tahu lebih lagi tentang novel ini boleh beli dan tekan link dekat bio tiktok tau..


Tiada ulasan:

BUKU NOVEL LANGIT GORYEO

   Menjadi muslim yang taat adalah cita-cita utama Haneul Choi setelah masa bakti dalam wajib militer terselesaikan. Namun, menjadi berbeda ...